KUCHING, : YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg telah menerima sumbangan bernilai RM2 JUTA daripada *Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA)* untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi.
Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Haji Hussain menyerahkan cek berkenaan kepada Datuk Patinggi Abang Jo bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam menguruskan pandemik Covid-19.
Hadir sama adalah Pengurus Besar LCDA, Monaliza Zaidel.
Sumber dari : Sarawakku